Saturday, 18 January 2014

KHASIAT PISANG


Pisang Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda. Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang. Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool). Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!” PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! Rujuk: "Pakar Nutrisi Sihat"

Sunday, 5 January 2014

Khasiat Cuka Epal, Delima & Anggur

Kebaikan cuka
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.
Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit ada ubatnya”
Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikian mari kita beramai-ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.
Kelebihan cuka epal Kemal kukrer
cuka epal kemal kukrer
  • Meransang pemecahan lemak.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Menguatkan tenaga dalaman.
  • Masalah kulit seperti jerawat.
  • Mencegah serat mengawal selulit.
  • Meredakan sakit dan sengal sengal sendi.
  • Menurunkan risiko jantung dan barah.
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Berfungi sebagai anti ulser, anti alergik, anti anemia dan anti septik.
  • Meredakan stress dan membantu tidur yang nyenyak.
  • Meningkatkan kecergasan badan dan emosi.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Merawat usus besar dan kecil.
  • Menghalang penyerapan dan timbunan lemak.
  • Meningkatkan kesihatan membran paru paru.
Kelebihan cuka delima Kemal kukrer
cuka delima kemal kukrer
  • Menyihatkan fungsi jantung & hati, melancarkan fu
    ngsi  jantung.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus & mengeluarkan keracunan badan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan.
  • Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga & memulih keletihan.
  • Mengelakkan rasa mual.
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid.
  • Menegangkan payudara, membentuk perut & punggung yg lebih kemas.
  • Merapatkan rahim, menyuburkan rahim.
  • Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka & badan melalui dalaman.
  • Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
  • Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.
  • Mencegah berlakunya serangan angin ahmar
  • Awet muda.
Kelebihan Anggur Kemal Kukrer
cuka anggur kemal kukrer
  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
  • Mencegah risiko serangan penyakit jantung dan stroke.
  • Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
  • Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.
  • Me
    lancarkan sistem penghadaman.
  • Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).
  • Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.
  • Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
  • Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.
  • Melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit.
  • Membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria berbahaya.
  • Merawat radang kulit & keadaan kulit yg merekah & pecah-pecah.
Berminat Hubungi : 019 3343101 @ Beli Online di www.successmall.net

Cuka Kurma

Khasiat Cuka Kurma

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik.
Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.
1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.
Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.
Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.
2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai ‘posca’, dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.
Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.
3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.
Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.
. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.
1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.
Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.
Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.
2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai ‘posca’, dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.
Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.
3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.
Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.
Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4. melancarkan pergerakan usus
5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7. menurunkan tahap kolesterol
8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9. membakar kalori dgn cepati
10. membuang toksin
11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
16. melancarkan pengeluaran susu ibu
17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18. memperbaiki fungsi limpa
19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.